
KPT kaji wujudkan politeknik AI pertama negara – Zambry
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan kajian bagi mewujudkan politeknik khusus untuk program kecerdasan buatan (AI) pertama di negara ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata perbincangan berkaitan perkara itu telah dibuat bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Mohd Zahari Ismail ketika melawat University of Tsukuba di