2022

Berita

Tragedi tanah runtuh, bah besar dan banjir kilat menimpa negara pada 2022

TRAGEDI tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 nyawa termasuk kanak-kanak pada 16 Dis lepas sangat meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia. Lebih menyayat hati apabila mayat dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemukan dalam keadaan berpelukan manakala mayat seorang lelaki dewasa berpelukan dengan seekor anjing yang telah mati di kawasan