Berita

Titah Agong perlu dihayati semua pihak – Fahmi

- Diterbit 26 Februari 2024 5:20 PM MYT

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak semua pihak untuk bersama-sama menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

“Kestabilan adalah asas penting untuk membina semula negara. Daulat Tuanku,” kata jurucakap kerajaan itu menerusi hantaran di laman Facebook dengan disertakan perkongsian infografik titah Sultan Ibrahim yang tidak akan melayan cubaan menggugat kestabilan politik negara.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi, hutang negara serta kestabilan politik. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas