Berita

Tindakan pengasas produk ESW edar vitamin di SJR disokong Fizz Fairuz, mahu frontliners terus sihat!

Iddin Syah mengedarkan vitamin untuk diamalkan oleh masyarakat.|USAHA Iddin Syah mengedarkan vitamin untuk kesihatan orang ramai menjadi contoh kepada pihak lain.
- Diterbit 22 Jun 2021 2:21 AM MYT

KECOH dalam media sosial baru-baru ini kononnya tindakan pengasas produk kecantikan ESW, Iddin Syah mengedarkan produk di Sekatan Jalan Raya (SJR) mengganggu pihak polis yang sedang menjalankan tugas.

Niat baik Iddin Syah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai kebenaran yang diterima untuk mengedar produk sewaktu operasi SJR.

PENGASAS produk ESW, Iddin Syah mengedarkan vitamin untuk diamalkan oleh masyarakat.

Video Iddin Syah mengedarkan produknya itu sebenarnya telah dipadam namun ada individu yang memuatnaiknya semula di Twitter.

“Cakap pasal video, paling mengejutkan sekali ada banyak komen pertikai pihak berkuasa membenarkan keberadaan saya di roadblock Bertam Kepala Batas (Pulau Pinang). Kat Twitter pun kecoh, sampai kat @vocket @ohbulanofficial pun mention isu ni.

“Sampai ada pengguna Twitter tag DS Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan perhatian beliau atau kejelasan atas tindakan saya.

“Sebenarnya, sebelum aktiviti itu dibuat, saya terlebih dulu mendapatkan kebenaran polis dan bagi tau niat saya nak sumbang 1000 unit vitamin ESW kepada orang yang lalu SJR Bertam. Takkan la saya berani buat tanpa kebenaran kan?” Jelasnya yang turut mendapat sokongan moral daripada artis terkenal Datuk Fizz Fairuz.

“Good job… Benda baik buat jer,” tulis Fizz Fairuz di ruangan komen di Instagram @iddinsyah.

PELAKON Datuk Fizz Fairuz menyokong usaha murni Iddin Syah yang mahu membantu masyarakat dalam menjaga kesihatan.

Sementara Itu, niat Iddin tidak lain hanya mahukan petugas barisan hadapan dan masyarakat terus sihat apabila mengamalkan vitamin dari ESW.

“Ok first of all, pihak yang paling saya concern adalah Frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah. Walaupun mereka kuat semangat tapi saya ada cara sendiri nak say thank you dengan menyumbangkan vitamin yang baru sahaja ESW keluarkn untuk pastikan Frontliners kekal bertenaga dan hidrasi.

“Tindakan itu sebagai satu awareness kepada orang ramai, pentingnya pengambilan vitamin, lagi-lagi sekarang ni kadar jangkitan COVID-19 tinggi.

“Ini macam ‘small gesture’ saya sebagai anak muda, juga warga yang prihatin. Sama jugak dengan orang lain yang bagi sumbangan makanan kat hospital, pusat kuarantin, cuma cara saya beza sikit, guna produk saya sendiri.

“Lagipun saya ada kat sana pun tak lama. Sekejap ja. Harap smua faham situasi saya ya. Saya harap penjelasan ini dapat menghentikan spekulasi yang tular,” ujarnya lagi.

USAHA Iddin Syah mengedarkan vitamin untuk kesihatan orang ramai menjadi contoh kepada pihak lain.

Menyentuh tentang video yang telah dipadam dan dimuatnaik semula itu, Iddin tidak menganggap itu sesuatu yang serius malah memahami sikap sesetengah netizen yang suka bergurau.

“Jumaat lalu saya dah delete video ini di Instagram (IG) atas beberapa sebab, tup-tup ada pihak yang post di Twitter. Tapi video asal sudah diedit!

“Laju betul netizen buat kerja. Terus terang saya tak berapa aktif di sana tapi staf yang kongsi info pasal tweet tu.

“Lepastu, @vocket @ohbulanofficial pun kongsi cerita pasal perkara ni. Hehe… alamak nervous jap.

“Bila baca nak tergelak pun ada, berani eh dia kata abang rambut karat dan pakai jaket tengah panas lit lit. Nak pinjam ayat Wak Doyok sat boleh? Aku yang pakai kau yang panas!

“Bila video ni diedit, siap ada yang cakap saya ni mcm polis dengan jaket hitam baju hitam. Boleh audition Gerak Khas pasni.

“Ada gak (juga) yang komen next time boleh bagi duit. Memang ada perancangan, team ESW akan kenal pasti golongan yang betul-betul perlu. Next, InsyaAllah kita akan beri sumbangan kepada Palestin. Stay safe everyone!”

Semoga usaha baik Iddin Syah ini terus menjadi contoh kepada pihak lain di luar sana. Banyak cara untuk kita sama-sama membantu kerajaan dalam mengurangkan kes COVID-19 ini. Antaranya dengan mengedarkan produk kesihatan kepada orang ramai. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas