Berita

Tiga resipi wrap sihat

|||
- Diterbit 31 Mei 2021 6:32 AM MYT

KADANG-KADANG bosan juga asyik selalu makan nasi kan? Apa kata sekali-sekala tukar menu anda kepada tiga wrap sihat ini. Bukan sahaja mudah dibuat, malah ia menjimatkan wang anda. Kalau beli di luar untuk seisi keluarga pasti memakan belanja yang besar.

Lebih baik buat sendiri di rumah seperti dikongsi akhbar Wilayahku edisi kali ini. Memang senang dan sedap!

TORTILLA WRAP AYAM PANGGANG

BAHAN UNTUK WRAP

6 keping roti tortilla

Mayonis

BAHAN AYAM PANGGANG

2 keping ayam bahagian dada

1 sudu kecil serbuk lada hitam dikisar kasar

1 biji bawang putih diparut halus menjadi pes

1/2 sudu kecil garam halus

2 sudu besar minyak zaitun

BAHAN SALAD

Kubis ungu dihiris sederhana nipis

Daun salad dihiris sederhana kecil

Ceri tomato dibelah dua

Lobak diparut kasar

1/2 batang timun Jepun

BAHAN KUAH SALAD

3 sudu besar minyak zaitun

3 besar madu

3 sudu besar perahan jus lemon

Secubit garam

Sedikit serbuk kasar lada hitam

CARA PENYEDIAAN

AYAM PANGGANG

  1. Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
  2. Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
  3. Panggang dengan sedikit minyak di atas non-stick pan pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
  4. Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.

SALAD

  1. Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
  2. Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.

BALUTAN SALAD (TORTILLA WRAP)

  1. Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
  2. Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

BURITTO KEBAB AYAM

BAHAN-BAHAN KEBAB AYAM

1 kg ayam cincang

5 g serbuk jintan putih

5 g serbuk ketumbar

10 g daun parsley dicincang

10 ml minyak jagung

40 g serbuk roti

1 kg 20 g stok ayam Knorr

10 g emping cili

Serbuk cili

BAHAN-BAHAN SOS JINTAN PUTIH BAWANG PUTIH

10 g biji jintan

20 g bawang putih goreng

5 g gula halus

455 g Lady’s Choice Mayonis Sebenar 3L

5 g daun parsley dicincang

CARA PENYEDIAAN

KEBAB AYAM

  1. Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan adun sebati. Perapkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  2. Ambil 30 g ayam cincang dan bentukkan menjadi patty mini. Letakkannya di atas dulang pembakar yang telah diminyakkan.
  3. Bakar patty mini di dalam ketuhar gabungan pada suhu 180° Celsius selama 15 minit. Keluarkan dan ketepikan.

SOS JINTAN PUTIH BAWANG PUTIH

Campurkan kesemua bahan. Sedia untuk dihidangkan.

BALUTAN SALAD (BURRITO WRAP)

  1. Sapu sos jintan putih bawang putih yang telah disediakan pada kulit tortilla.
  2. Susun sayuran dan 2 ketul kebab ayam di hujung kulit tortilla.
  3. Gulung tortilla dengan kemas.
  4. Masak di atas kuali kering.
  5. Potong dua dan hidangkan bersama sos jintan putih bawang putih ekstra.

SHAWARMA AYAM

BAHAN-BAHAN

Ayam

1 ulas bawang putih

1 sudu teh serbuk jintan putih

Lemon

Garam

Lada hitam

Iceberg lettuce atau salad

Tomato

BAHAN PERAPAN AYAM

*Siapkan pada petang/malam sebelumnya

1 kg thigh ayam (buang tulang) 8-10 keping

2 ulas bawang putih

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk buah pelaga

1 sudu kecil allspice

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil smoked paprika atau paprika biasa

2 sudu kecil garam

Lada hitam

2 sudu besar jus lemon

3 sudu besar minyak zaitun

CARA PERAP AYAM

Tumbuk bawang putih dengan lada hitam, allspice dan garam. Gaulkan pada ayam dengan semua bahan lain. Perap semalaman dalam peti ais.

CARA PENYEDIAAN

  1. Mula-mula sediakan ayam. Keluarkan ayam yang sudah diperap dari peti ais.
  2. Campurkan 1 cawan yogurt dengan 1 ulas bawang putih cincang, 1 sudu teh serbuk jintan putih, jus dari satu slice lemon, garam dan lada hitam.
  3. Hiris iceberg lettuce dan tomato.
  4. Panaskan cast iron hingga berasap. Letak sedikit sahaja minyak supaya ayam garing di luar namun berjus di dalam.
  5. Panaskan bahagian kulit di bawah. Apabila garing, balikkan ayam.
  6. Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan rehatkan selama 10 minit di bawah aluminum foil.
  7. Hiris ayam nipis-nipis.
  8. Sapu sos yogurt pada roti. Letakkan iceberg lettuce, ayam dan tomato.
  9. Bawa bahagian bawah ketengah dan roll.
  10. Siap sedia untuk dimakan.

– WILAYAHKU — SABRINA SABRE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas