Berita

TIGA RESIPI MASAKAN INDIA SEMPENA DEEPAVALI

happy diwali or happy deepavali greeting card made using a photograph of diya or oil lamp
- Diterbit 6 November 2021 2:30 AM MYT

TAK meriahlah sesebuah perayaan kalau tidak dihidangkan dengan aneka hidangan yang enak-enak bukan?

Setiap hidangan tersebut juga memiliki identiti kaum itu sendiri. Begitu juga dengan perayaan Deepavali memang banyak juadah yang ‘wajib’ dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga mahupun jiran tetangga.

Akhbar Wilayahku kali ini senaraikan tiga jenis makanan wajib yang perlu ada ketika sambutan perayaan Deepavali. Jom cuba!

RASAM

BAHAN AIR ASAM KUNYIT

1 sudu besar jintan putih

½ sudu besar biji ketumbar

1 ½ sudu besar lada hitam

Air asam kunyit (Air asam jawa dicampurkan dengan ½ sudu besar serbuk kunyit, asam jawa bersaiz bola golf)

6 bawang putih

1 bawang kecil ditumbuk

BAHAN TUMBUK KASAR

Daun ketumbar

Cili kering

Daun kari

Akar ketumbar

2 biji tomato

½ sudu besar biji sawi

Serbuk asafoetida/rasam

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak sedikit dan masukkan biji sawi.
  2. Masukkan daun kari dan cili kering.
  3. Masukkan serbuk asafoetida.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang kecil yang ditumbuk kasar.
  5. Masukkan tomato dan sedikit air untuk memasak tomato.
  6. Masukkan akar ketumbar dan bahan tumbuk.
  7. Masukkan air asam jawa dan tambah air sedikit hingga rasa masamnya sesuai. Guna api kecil dan biar rasam masak.
  8. Kalau rasanya terlalu masam, boleh tambahkan air. Kalau kurang masam, tambah air asam jawa.
  9. Selepas 2 minit, masukkan daun ketumbar dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan.
  10. Setelah buih kecil mula kelihatan di bahagian tepi, kacau sekali dan biarkan.
  11. Bila ianya mula mendidih, matikan api.
  12. Sedia untuk dihidang.

TIKKA MASALA

BAHAN-BAHAN

500 gram isi ayam bahagian dada dipotong dadu

100 ml yogurt

2 sudu besar serbuk cili

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk garam masala

1 labu bawang besar dicincang

2 ulas bawang putih dicincang

1 inci halia dicincang

2 susu pes/puri tomato

100 ml heavy cream

1 tangkai daun ketumbar

Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Menggunakan separuh bahan sahaja, perap ayam dengan rempah serbuk, garam dan yogurt.
  2. Gaul bahan perapan dengan ayam, dan perap 2-3 jam. Sejukkan di bahagian chiller.
  3. Panaskan minyak dan layurkan isi ayam di atas kuali.
  4. Tumis sehingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan lebihan rempah serbuk untuk perapan tadi. Tumis hinga rempah betul-betul masak.
  6. Kemudian, letak pes atau puri tomato. Letak sedikit dahulu untuk sesuaikan rasa masam.
  7. Tambahkan air dan biarkan sehingga mereneh.
  8. Masukkan heavy cream. Boleh gantikan dengan cooking cream.
  9. Letakkan ayam dan biarkan mereneh selama 10 minit.
  10. Perasakan dengan garam dan gula.
  11. Taburkan daun ketumbar di atasnya.
  12. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas