Berita

Tiga pesawat Qatar bawa bantuan perubatan tiba di Lubnan

- Diterbit 14 Ogos 2020 8:25 AM MYT

TIGA pesawat yang membawa bantuan perubatan dan kemanusiaan yang disumbangkan oleh Qatar tiba di Lubnan pada Khamis, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Dua pesawat Angkatan Udara Amiri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri dengan 44 tan metrik bantuan perubatan dan kemanusiaan di dalamnya.

Pesawat kargo lain juga tiba dengan membawa 50 tan metrik bantuan dan makanan serta keperluan penting lain untuk mereka yang terjejas oleh letupan Beirut.

Bantuan itu diterima oleh Duta Besar Qatar untuk Republik Lubnan Mohammed Hassan Jaber Al Jaber, di hadapan pengarah Pejabat Amal Qatar di Lubnan Badr Al Halahleh, dan wakil Komander Tentera Lubnan Brigadier Jeneral Roger Helou. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas