Berita

Rusia akan terbitkan maklumat mengenai percubaan praklinikal dan klinikal vaksin COVID-19 dalam waktu terdekat – Menteri

|
- Diterbit 14 Ogos 2020 8:31 AM MYT

RUSIA akan mengeluarkan maklumat mengenai ujian praklinikal dan klinikal vaksin COVID-19 dalam beberapa hari lagi, lapor agensi berita Sputnik, memetik Menteri Kesihatan Mikhail Murashko pada Jumaat .

Menurut menteri kesihatan, kritikan terhadap vaksin Rusia, yang merupakan vaksin COVID-19 pertama yang didaftarkan di dunia, sebahagian besar berkaitan dengan kurangnya informasi yang boleh dicapai mengenai percubaan tersebut.

Bercakap kepada wartawan, Murashko berkata tidak semua orang mengetahui bahawa “vaksin telah dikeluarkan di platform yang telah digunakan untuk enam produk”, dan memberi jaminan bahawa ujian klinikal akan diteruskan.

“Dalam beberapa hari lagi, mungkin, pada Isnin, maklumat mengenai ujian praklinikal dan klinikal akan diterbitkan,” kata Murashko. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas