Berita

Tiada sambutan tahun baharu di Pakistan tanda solidariti bersama rakyat Palestin

- Diterbit 29 Disember 2023 10:30 AM MYT

PAKISTAN melarang semua bentuk sambutan Tahun Baharu sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Perdana Menteri sementara Anwarul Haq Kakar berkata Isarel telah membunuh lebih 21,000 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober.

Beliau turut mengutuk pembunuhan berterusan rejim Israel terhadap penduduk di wilayah Palestin yang diduduki.

“Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah  dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat,” kata Kakar dalam ucapannya ada Khamis.

Justeru itu, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan, katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas