Biz

Teruskan Cabutan Kesetiaan, demi pelanggan

|
- Diterbit 13 Januari 2021 1:56 PM MYT

PENGENDALI perkhidmatan pajak gadai emas terbesar dalam negara, AR-Rahnu YaPEIM (ARY) kembali meneruskan siri ketiga kempen Cabutan Kesetiaan bagi tahun 2020 sebagai satu inisiatif menghargai pelanggan setianya.

Menurut Pemangku Ketua Pengarahnya, Parihah Hasan berkata, semua pelanggan yang selama ini mengguna perkhidmatan dan produk disediakan ARY sehingga melayakkan mereka sertai kempen tersebut yang menawarkan pelbagai jenis hadiah menarik serta lumayan.

Beliau berkata, inisiatif diambil melalui kempen Cabutan Kesetian ARY adalah sebahagian usaha pihak pengurusan YaPEIM selaku pemilik tunggal perkhidmatan itu menzahirkan penghargaan buat para pelanggan yang selama ini telah menyokong.

“Kami ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada para pelanggan ARY yang terpilih dalam Cabutan Kesetiaan kali ini.

“Kempen bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2020 ini turut menawarkan hadiah lumayan yang berupa bar emas sebanyak 576 keping bernilai RM200,000 untuk dimenangi pelanggan bertuah bagi kesemua siri cabutan diadakan,” katanya di dalam kenyataan media YaPEIM di sini, hari ini.

Cabutan tersebut diadakan di Ibu Pejabat YaPEIM di Mentari Business Park, Bandar Sunway, telah disempurnakan oleh Parihah.

ARY beroperasi di semua 203 cawangan seluruh Malaysia, diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi YaPEIM Berhad (KYB), berdaftar bawah induknya, YaPEIM.

Mengulas lanjut, Parihah berkata, hasil kempen dilaksanakan secara langsung telah mendorong sebanyak RM1.1 bilion nilai transaksi dicatat oleh ARY membabitkan 273,217 transaksi sepanjang tempoh enam bulan kempen diadakan.

“Sebanyak 192 cabutan dilakukan dengan 1 gram wafer emas keluaran YaPEIM Gold Sdn Bhd bakal jadi milik pemenang atau pelanggan bertuah.

“Hasil sambutan pelanggan amat menggalakkan, Kempen Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM ini dijangka diteruskan lagi pada tahun ini dengan tawaran hadiah yang lebih menarik akan menanti pelanggan bertuah yang kami hargai,” katanya.

Bagi pelanggan yang berminat menyertai kempen ini, keterangan dan maklumat lanjut berkaitannya boleh hubungi Hotline 1300-88-1230 atau layari laman sesawang www.arrahnuyapeim.net selain kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM terdekat. – WILAYAHKU

PARIHAH ketika memulakan siri ketiga kempen Cabutan Kesetiaan Ar-Rahnu YaPEIM bagi menentukan pemenang bertuah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas