WK2

Ibu tunggal jual ikan bilis, tidak harap suami kaya

Amira kini fokus bisnes ikan bilis yang semakin mendapat sambutan.|BISNES Salina B'lis turut dimuatkan dalam Akhbar Wilayahku
- Diterbit 13 Januari 2021 2:00 AM MYT

BUKAN mudah mahu menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Semuanya dilalui sendiri tanpa insan bergelar suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang. 

Begitulah nasib bekas model muslimah Salina Mokhtar,43, yang kini gigih berniaga ikan bilis demi masa depan diri dan anak-anak bersama bekas suami iaitu Aikal Arif Azmi,21, dan  Amira Arif Azmi,18.

SALINA bersama anak keduanya, Amira kini fokus bisnes ikan bilis yang semakin mendapat sambutan.

Walaupun ramai lelaki yang cuba mendekati dan mahu memperisterikannya, pengusaha Salina B’lis ini lebih selesa hidup tanpa suami.

“Saya tidak menolak untuk berkahwin lagi. Apatah lagi kehadiran insan bernama suami adalah lumrah mana-mana wanita.

“Memang ramai yang ajak kahwin, tetapi ia tidak semudah itu. Setelah apa yang dilalui selama ini, saya lebih fikirkan masa depan anak-anak berbanding soal cinta lelaki.

“Tambahan pula, bukan mudah untuk cari lelaki yang betul-betul ikhlas menerima saya dan anak-anak. 

“Biarlah masa yang menentukan. Tidaklah saya terdesak untuk berkahwin kerana banyak perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan,” katanya yang tidak berharap bakal suami kaya untuk hidup senang seperti dulu.

BISNES Salina B’lis turut dimuatkan dalam Akhbar Wilayahku

“Tidak dinafikan, mungkin ada ibu tunggal yang mengharapkan lelaki kaya sebagai suami. Iyalah… Demi kelangsungan hidup.

“Namun, kita bukan target saya. Tidak mengapa, saya seronok berniaga ikan bilis dan banyak masa bersama anak-anak. Kebahagiaan ini tidak dapat ditukar dengan wang ringgit.

“Soal jodoh, memang saya tidak fikir kerana perkahwinan ini bukan perkara main-main. Saya tidak mahu menggadai kebahagiaan sekarang hanya kerana mahu mengejar kesenangan hidup,” ujar Salina lagi yang kini semakin aktif mengusahakan bisnes ikan bilisnya, Salina B’lis.

Kepada sesiapa yang mahu membeli Salina B’lis bolehlah layari media sosial Facebook: Sally Hayden / Salina Blis dan Instagram: @hayden.sally – WILAYAHKU

Foto: Amin Farij Hassan

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas