Berita

“Teruskan Buang Sesuka Hati” – MAYA KARIN Tegur Masyarakat Buang Sampah

MAYA Karin kecewa
- Diterbit 15 September 2020 8:01 AM MYT

AKTRES popular, Maya Karin  yang juga seorang aktivis alam sekitar kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat, tanpa rasa bersalah membuang sampah ke dalam sungai. 

Maya terkilan kerana usahanya memperjuangkan isu sungai ibarat seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana ramai yang bersikap sambil lewa.

Akibatnya, banjir berlaku dan ketika itulah masyarakat mula menyalahkan sana sini. 

“Antara punca banjir hebat, sampah dibuang sewenang-wenangnya. Longkang dan saluran air kena block dengan sampah.

“Okay, teruskan buang sesuka hati. At our own cost nanti,” tulisnya di instagram. 

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya setuju dengan pendapat Maya. 

“Bila banjir berlaku, first disalahkan kerajaan yang memerintah negeri. Walhal salah diri sendiri yang tak ada kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar yang mana perbuatan itu boleh menyebabkan banjir”

“Rakyat suka buang merata-rata, sampai bayi pun mereka buang”

“Mulanya masa di sekolah. Ajaran sivik. Lepas tu sikap parents juga”

“Susah nak educate manusia ni. Sedih tengok keadaan bumi sekarang.”

MAYA Karin memperjuangkan kebersihan sungai sejak dua tahun lalu berharap masyarakat sedar tentang kepentingan sungai yang menjadi sumber air.

“Betul la tu Kak Maya. Sedih bila tengok sampah hanyut dekat sungai bila lalu dengan bot balik dari memancing. Sampai bila orang kita nak sedar sungai ni bukannya tapak pelupusan sampah.” 

Inilah antara komen wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Maya Karin.

Jaga dan hargailah alam sekitar kita. Akhirnya kita dan generasi yang akan datang sukar hidup dengan aman. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas