Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Terima kasih PM ambil berat kehidupan kami – Pesara kerajaan

AZMAN (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada para pelajar pada Program Ramah Mesra Bersama Anak Yatim dan Asnaf di Labuan, baru-baru ini.
- Diterbit 24 Mei 2024 3:30 PM MYT

MESKIPUN sibuk mengurus negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melupakan penduduk Labuan malah mewakilkan Setiausaha Politik, Datuk Azman Abidin menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 200 pelajar dan asnaf menerusi Program Ramah Mesra Madani Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf di Dewan Serbaguna, Perbadanan Labuan baru-baru ini.

Menurut Mahadi Haris, 71,bantuan yang diterima itu tepat pada waktu berikutan keadaan harga barang yang meningkat menyebabkan terpaksa menguruskan perbelanjaan dengan lebih berhemah.

Jelasnya, bantuan yang disalurkan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap golongan kurang berkemampuan.

“Walaupun saya mewakili bapa cucu saya, namun bantuan ini amat dinanti-nantikan oleh ramai ibu bapa dan pelajar. Saya turut berharap bantuan seperti ini akan teruskan pada masa akan datang demi pendidikan anak cucu kita,” katanya kepada Wilayahku.

Bagi penjawat awam, Azli Mahali, 55, menzahirkan kesyukuran kerana bantuan yang diterima dapat membantu meringankan bebannya khususnya dalam menyediakan perbelanjaan sekolah anaknya.

“Ketika ini, kos sara hidup amat meningkat dan ia juga turut dirasai dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dengan bantuan ini dapatlah kami menggunakannya untuk menampung perbelanjaan harian atau pembelian alat kelengkapan sekolah anak,”katanya.

Bagi pelajar Tingkatan 2 pula, Noratirah Syahera Mohd Aras, nyata amat gembira apabila menerima bantuan ini dan merancang untuk menggunakan bantuan kewangan ini untuk membeli alat kelengkapan yang baharu dan membeli buku-buku rujukan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas