Berita

Telekom Malaysia sumbang barangan keperluan di pusat kuarantin

MASTURA (kiri) menyaksikan penyampaian sumbangan barangan keperluan daripada Telekom Malaysia kepada JKM hari ini.
- Diterbit 6 April 2020 1:54 PM MYT

LABUAN – Telekom Malaysia memberi sumbangan barang keperluan asas kepada penduduk yang terjejas susulan penularan wabak Covid-19.

Pengurus Operasi Telekom Malaysia Labuan, Mastura Awang berkata, Telekom Malaysia cawangan Labuan buat julung-julung kali memberi sumbangan barang keperluan itu.

“Sumbangan yang kami berikan merupakan barangan keperluan seperti makanan dan kelengkapan pakaian harian yang diperlukan oleh pesakit PUI yang dikuarantin di ILP.

“Malah dana yang dikumpulkan merupakan hasil kutipan daripada ahli kelab Telekom Malaysia cawangan Sabah dan Labuan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, pihak Telekom Malaysia Cawangan Labuan mengagihkan barangan sumbangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( Labuan ) untuk disalurkan kepada pusat kuarantin di ILP Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas