Berita

Teh Tarik Place ‘belanja’ teh tarik dan makanan seumur hidup buat olimpian Tokyo 2020

Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar|KETUA Pegawai Eksekutif Craveat International
- Diterbit 16 Ogos 2021 9:47 AM MYT

PENGORBANAN dan sumbangan atlet negara di Sukan Olimpik Tokyo mendapat penghargaan istimewa daripada restoran tempatan,Teh Tarik Place yang mengumumkan pemberian teh tarik dan makanan percuma buat semua atlet seumur hidup.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan, Teh Tarik Place yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh negara dan dua di Brunei menyatakan sumbangan mereka itu selain mengharapkan semua rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan kepada atlet negara yang sudah menaikkan nama negara di persada dunia.

Menurut Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, pengorbanan semua atlet harus dihargai.

“Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet di sepanjang Sukan Olimpik ini berjalan.

“Objektif kami adalah untuk memberi sokongan selepas mereka balik ke tanah air. Apa yang akan kami beri kepada mereka adalah teh tarik dan makanan percuma untuk seumur hidup,” katanya yang berharap usaha Teh Tarik Place ini menjadi contoh kepada pihak lain untuk menghargai para atlet negara.

“Teh Tarik Place berharap selepas inisiatif yang kami lakukan, lebih banyak lagi organisasi lain datang tampil ke hadapan untuk memberi penghargaan kepada para atlet yang telah mewakili Malaysia pada temasya Olimpik 2020.

“Mereka ini boleh memberi semangat kepada para atlet lain untuk turut mengharumkan nama negara di mata dunia.

“Jadi kami berharap lebih banyak syarikat lain tampil untuk memberikan sumbangan kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara ini,” jelasnya lagi.

PENGERUSI Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar

Craveat International juga adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat yang dimiliki oleh Techna-X Berhad, sebuah syarikat awam yang tersenarai dan diperdagangkan di dalam Bursa Malaysia sejak tahun 2007.

TEH Tarik Place sentiasa menjadi pilihan ramai

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin mengaku sangat mengagumi semangat para atlet.

“Kami sangat menghormati kesungguhan dan disiplin diperlukan untuk menguasainya (pertandingan) dan prestasi ditunjukkan atlet negara adalah pencapaian besar.

“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua Olimpian Malaysia di Tokyo,” ujarnya lagi.

KETUA Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin

Di Olimpik Tokyo 2020, Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa masing-masing menerusi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang serta beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas