Berita

Teh Hijau edisi Ramadan

- Diterbit 15 Mac 2024 9:15 AM MYT

PROGRAM Teh Hijau Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal kembali menemui warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mac (Sabtu) bertempat di Perkarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Istimewanya edisi Mac 2024 ini, ia berlangsung pada minggu pertama Ramadan dengan bertemakan Syukuri Ramadan sekali gus menyajikan aktiviti seperti bazar percuma serta agihan bubur lambuk dan dodol pada sebelah petang.

Aktiviti sedia ada turut berjalan seperti biasa antaranya pameran reruai perkhidmatan DBKL, pendaftaran PADU, Jualan Rahmah, Jualan AgroMadani, jualan murah Ikan, jualan amal preloved, aktiviti kraf tangan kanak-kanak dan Kahoot! Kuala Lumpur.

Lebih menarik, 90 cabutan bertuah merangkumi barangan keperluan asas turut menanti pengunjung yang hadir.

Justeru itu, DBKL menjemput orang ramai untuk hadir bersama-sama bagi menjayakan Program Teh Hijau Kuala Lumpur edisi Ramadan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas