TAMAN Tasik Danau Kota akan ditutup sementara kepada orang awam selama empat hari bermula hari ini (27 September) hingga 30 September ini.
Dalam satu kenyataan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, penutupan taman yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Beli Belah, Setapak Sentral Mall itu dilakukan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja naiktaraf dan penyelenggaraan yang melibatkan penurapan jalan di laluan basikal.

“Sehubungan itu, orang awam tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penutupan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM