Berita

Peruntukan pembangunan infrastruktur 27 di Labuan akan dimasukkan dalam bajet tahunan KWP.

JALALUDDIN berkata peruntukan bagi kemudahan infrastruktur 27 buah kampung di Labuan akan di masukkan ke dalam bajet tahunannya akan datang.
- Diterbit 27 September 2021 9:06 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) akan mengambilkira pandangan daripada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli agar peruntukan bagi kemudahan infrastruktur 27 buah kampung di Labuan akan di masukkan ke dalam bajet tahunannya akan datang.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, amalan penyaluran peruntukan dan bantuan yang dijalankan pada ketika ini adalah sama seperti kampung-kampung lain melalui dengan prosedur yang sama.

“Ia termasuklah peruntukan khas luar bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) atau bantuan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Mana-mana peruntukan kecemasan yang diperlukan oleh masyarakat di 27 buah kampung ini akan menggunakan peruntukan geran khas Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, katanya, bagi menampung dan memastikan kemudahan infrastruktur kepada 27 kampung tidak di abaikan, cadangan tersebut akan dibincangkan di dalam belanjawan KWP untuk tahun-tahun yang akan datang.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas