Berita

Tahun Baharu Cina: Perjumpaan fizikal tidak dibenarkan bersama penghuni penjara

- Diterbit 10 Februari 2021 9:16 AM MYT

PERJUMPAAN bersemuka antara keluarga dan penghuni penjara di semua institusi penjara seluruh negara adalah tidak dibenarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, mulai Jumaat ini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan sesi perjumpaan berkenaan bagaimanapun diganti dengan kemudahan pangggilan telefon prabayar yang disediakan di seluruh institusi penjara.

“Pertimbangan ini dibuat sebagai langkah mencegah penularan COVID-19 dan orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara yang berkaitan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas