Utama

Tun Mahathir dilantik Perdana Menteri interim

- Diterbit 24 Februari 2020 2:07 PM MYT

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, perkara itu telah dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas baginda menerima perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Justeru, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas