Selebriti

Tukar ‘gift’ jadi duit, Aleeya Zailan panjangkan pahala dengan menderma

||||||
- Diterbit 3 November 2022 3:26 AM MYT

KELETAH bersahaja pasangan pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss sering mencuri perhatian pengikut mereka.

Terutamanya ketika pasangan ini membuat sesi siaran langsung ketika memasak bersama.

Tidak menyangka perkara tersebut menarik minat pengikut di laman sosial dan membuatkan mereka menerima hadiah ketika sesi siaran langsung.

Paling mengejutkan jumlah hadiah yang diterima agak memberangsangkan. Namun begitu tidak ramai yang tahu wang terkumpul menerusi hadiah yang diterima itu digunakan ke arah sangat bermakna bagi pasangan ini

“Alhamdulillah ramai yang menyokong malah kadang-kadang saya sendiri terdiam dan terharu dengan sokongan yang diberikan.

“Mereka tidak lokek memberikan hadiah kepada saya setiap kali saya live dan setiap hadiah yang diberikan itu mewakili nilai ringgit tertentu,” kongsi Aleeya.

“Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah,jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan.” – Aleeya

Lantaran itu, Aleeya dan suami sepakat menggunakan hasil hadiah itu untuk disumbangkan ke saluran yang sesuai.

Baginya, usaha itu juga dapat memanjangkan pahala buat pengikutnya dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

ALEEYA dan suami sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Bukan hanya kutipan hadiah berkenaan, Aleeya dan suami turut menambah sumbangan dengan wang peribadi mereka sendiri.

“Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah,jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sama saya panjangkan sedekah pengikut saya kepada pihak tertentu.

“Bagi saya, apabila menderma dan membantu mereka yang memerlukan. Itulah antara kepuasan saya dan suami dapat rasakan,” katanya yang banyak membantu anak-anak dan golongan asnaf.

Baru-baru, pemilik perniagaan jenama Avenys ini mencuri perhatian apabila memasak sendiri hidangan untuk disumbangkan kepada masjid.

Aleeya dan suami yang dikenali sebagai Big Boss memasak sendiri 340 kilogram sambal sotong bagi penduduk menyambut sambutan Maulidur Rasul. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas