Berita

PAS Kedah lancar Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye & Syria

SETIAUSAHA PASRelief, Norhafizah Fadzil, Pengarah PASRelief ,Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Ustaz Ahmad Yahaya dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merangkap Kordinator PASRelief di Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.
- Diterbit 10 Februari 2023 3:38 AM MYT

PAS Negeri Kedah telah melancarkan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye & Syria peringkat Negeri Kedah, di Kompleks PAS semalam.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Ustaz Ahmad Yahaya dan beliau turut menyerahkan sumbangan awal Tabung Gempa Bumi Turkiye dan Syria kepada PASRelief sebanyak RM10,000.

SETIAUSAHA PASRelief, Norhafizah Fadzil, Pengarah PASRelief ,Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Ustaz Ahmad Yahaya dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merangkap Kordinator PASRelief di Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Hadir sama pada majlis penyerahan tersebut adalah Setiausaha PASRelief, Norhafizah Fadzil dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merangkap Kordinator PASRelief di Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Rentetan daripada penyerahan sumbangan tersebut, PAS Kedah bersama PASRelief mengajak seluruh lapisan masyarakat yang prihatin untuk menyumbang kepada mangsa bencana gempa Turkiye dan Syria.

Dalam ucapannya, Ahmad Yahaya menyeru seluruh rakyat negara ini bersama-sama mengikuti perkembangan musibah yang melanda saudara kita di sana yang menyaksikan hampir 8,000 korban dan puluhan ribu tercedera akibat gempa bumi yang melanda.

“Janganlah kita mendiamkan diri pada saat saudara seakidah kita ditimpa bencana gempa yang sangat kuat.

“Sudah tentu hati dan jiwa serta kebersamaan kita bersama saudara kita di sana menyebabkan kita tidak boleh berdiam diri. Ada sesuatu yang perlu kita lakukan apabila melihat ujian musibah yang begitu besar menimpa mereka.

“Maka tunjukkanlah kebersamaan kita bersama rakyat Turkiye dan Syria dengan menyumbang semampu kita. Semoga dengan sumbangan ini, kita dapat meringankan beban yang menimpa mereka di sana,” katanya.

Kepada rakyat Malaysia, boleh hulurkan sumbangan anda melalui akaun
Maybank Islamic : PASRELIEF : 5640-7061-2333 atau melalui :
• https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-turkiye-pasrelief – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas