Selebriti

Motosikal Abang Foodpanda disita, Aisar Khaled hadiahkan motosikal Yamaha LC

- Diterbit 13 September 2023 11:09 PM MYT

SIKAP pemurah dan suka membantu pempengaruh popular Aisar Khaled terus menjadi inspirasi ramai.

Terbaru, Aisar membantu penghantar makanan Foodpanda yang pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan jalan raya dilakukan.

Menerusi instagram, Aisar berkongsi video telah membawa  ‘Abang Foodpanda’  itu ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.

“Surprise motosikal kepada rider Foodpanda yang kehilangan motosikalnya, kena sita oleh pihak berkuasa.

“Semoga pemberian ini dapat memberi semangat kepada Abang Syahrul untuk terus berkurang kepada keluarga,” tulisnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen mendoakan agar Aisar terus dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah. Terbaik Aisar. Semoga terus bantu orang. Semoga terus murah rezeki selalu,” kata @bitobeyto

“Semoga Allah membalas jasa baik bro Aisar. Semoga dipermudahkan segala urusan Abang Syahrul,” tulis @vkidahtua

“Alhamdulillah. Terima kasih Aisar bantu. Kesian dia nak cari rezeki. Semoga terus memberi kebaikan kepada yang memerlukan,” kata @lindahas452

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan terpaksa pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita JPJ.

Susulan itu, JPJ mengesahkan sitaan terhadap kenderaan milik penghantar makanan terbabit berikutan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas