Berita

Lautan peminat Paris Hilton di Sogo

ORANG ramai sanggup bersesak demi mengambil peluang berswafoto bersama Paris Hilton di Pusat Beli-Belah Sogo hari ini.
- Diterbit 13 September 2023 12:25 PM MYT

LAUTAN peminat bintang sensasi Hollywood Paris Hilton banjiri Pusat Beli-Belah Sogo di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Difahamkan juga, peminat mula memenuhi ruangan pusat beli-belah itu seawal pukul 10 pagi.

Bukan sahaja peminat dari seluruh pelusuk Malaysia yang teruja mahu menyaksikan kehadiran selebriti berusia 42 tahun itu, malah terdapat juga segelintir peminat yang hadir dari negara jiran seperti Singapura, Brunei serta Thailand termasuk dari Rusia juga turut memeriahkan suasana.

Pelakon yang pernah membintangi filem House of Wax terbabit hadir sekitar pukul 5 petang dengan memakai busana berwarna biru.

Sejurus memasuki ruang legar Sogo, beliau langsung tidak lekang melayan peminat kesayangannya dengan mengambil gambar kenangan bersama mereka.

Paris, hadir di ibu negara bagi pelancaran keluaran terbaharu minyak wangi jenamanya, Paris Hilton Fragrances iaitu Ruby Rush. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas