Selebriti

Lisdawati mohon tidak siar gambar lama

PENAMPILAN muslimah namun tetap menawan.
- Diterbit 18 Mei 2020 1:13 PM MYT

PELAKON Lisdawati memohon maaf dan meminta kepada semua agar tidak lagi menyiarkan gambar lama dirinya yang pernah tidak bertudung dahulu.

Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin juga mendedahkan sudah membuang dan membakar banyak gambar-gambar lama miliknya sebelum ini.

“Banyak dah gambar-gambar lama yang saya dah buang dan bakar, tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.

“Saya mohon maaf sangat-sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yang perlu,” tulisnya kesal di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Lisda juga telah memuat naik gambar lama miliknya bersama beberapa artis lain ketika menjayakan sesi fotografi suatu ketika dahulu.

Mula tampil dengan imej bertudung sejak tahun 2013, kongsi wanita berusia 42 itu lagi, dia berdoa setiap hari agar cerita lamanya (gambar tidak menutup aurat) tidak disiarkan semula.

“Kalau mampu, nak je saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu.

“Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tidak disiarkan. Semoga Allah terima taubat saya,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas