Berita

MR. DIY buka semula cawangan, tawar diskaun 10 hari

- Diterbit 15 Mei 2020 6:01 AM MYT

KUALA LUMPUR – Sempena pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), peruncit perkakas rumah, MR. D.I.Y. membuka semula cawangannya di seluruh Malaysia dengan tawaran diskaun selama 10 hari dari 13 hingga 24 Mei ini untuk lebih 30 produk harian penting.

Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin berkata, produk harian penting yang mesti dimiliki pelanggan merangkumi topeng muka, pelindung muka, sarung tangan nitril, kit peralatan pencukur rambut boleh cas semula 3 dalam 1, kolam permainan, beg buangan dan bekas makanan empat sisi kunci dan lain-lain lagi.

Kata beliau, kempen ini juga menampilkan topeng muka tiga lapis berharga RM45 iaitu 50 keping satu pek (terhad 5 pek bagi setiap pelanggan) dan promosi ini boleh didapati di cawangan terpilih MR. D.I.Y. di seluruh negara sementara stok masih ada.

“Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai pembukaan semula cawangan MR. D.I.Y. semasa (PKPB) ini. Saya amat berbesar hati ingin mengumumkan bahawa kebanyakan cawangan kami telah pun dibuka semula dan kami bersedia untuk berkhidmat kepada para pelanggan dengan menawarkan produk lebih nilai pada wang yang ‘Always Low Prices’.

“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu kepada para pelanggan bahawa pembukaan semula cawangan kami adalah berpandukan garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Jadi para pelanggan tidak perlu bimbang dan mereka boleh membeli-belah barangan keperluan harian mereka dengan selamat,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas