Biz

‘Harga bagus, tidak membebankan’ – Che Ta kongsi rahsia Cekang Jelita

- Diterbit 27 Januari 2024 8:57 AM MYT

RAMAI dalam kalangan wanita sanggup melabur wang ringgit bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan segar dengan membeli pelbagai produk kecantikan namun tidak semua berkemampuan untuk membeli produk yang mahal.

Berpegang pada prinsip tersebut, selebriti terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau Che Ta hadir dengan produk kecantikan terbaru keluaran syarikatnya, byrcw khusus buat wanita yang mementingkan penjagaan wajah dengan harga yang mampu milik.

Memperkenalkan serum Cekang Jelita, artis popular yang juga ahli perniagaan ini berpendapat, produk asas penjagaan wajah seperti serum merupakan satu keperluan bagi kaum wanita selain pencuci wajah, toner, pelembab dan krim pelindung matahari.

“Penjagaan asas wajah memang satu keperluan buat wanita dan poduk asas seperti serum memang wajib ada dalam set penjagaan wajah harian mereka.

“Kerana itu saya memilih menghasilkan serum Cekang Jelita bagi membantu wanita merawat kulit wajah selain mampu melembab, mencerah dan menegangkan kulit wajah mereka,” katanya.

Sesuai namanya, cekang yang bermaksud tegang itu mampu memberikan hasil yang cantik pada kulit wajah dengan penggunaan yang berterusan.

Menggunakan bahan utama berasaskan emas sebagai agen anti penuaan dan kolagen bagi melewatkan garisan halus dan kedutan, serum Cekang Jelita juga ditawarkan pada harga amat berpatutan agar semua wanita mampu memilikinya.

CHE Ta hadir dengan produk kecantikan terbaru keluaran syarikatnya, byrcw khusus buat wanita yang mementingkan penjagaan wajah dengan harga yang mampu milik.

Dengan harga RM59.90 (15ml), harga yang ditawarkan sangat berbaloi kerana bagi Che Ta semua wanita berhak untuk cantik dan dia mahu mereka tidak merasa terbeban dengan membayar harga yang mahal untuk menjadi jelita.

“Tanyalah pada mana-mana wanita, mesti semua nak cantik. Tapi kita juga tahu untuk memastikan diri kita cantik, perlu ada duit kerana produk-produk kecantikan tidak murah.

“Justeru saya memilih untuk menghasilkan satu produk yang mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memiliki produk yang bagus dengan harga yang tidak membebankan,” katanya.

Malah menurut Che Ta lagi,  dia amat teruja dengan pelancaran serumnya itu setelah agak lama tiada sebarang produk baharu di bawah jenama bycrw dan poduk serum Cekang Jelita menjadi permulaan yang baik untuk tahun 2024.

Sempena pelancaran serum Cekang Jelita pada 24 Januari 2014 juga, lima ribu pembeli terawal akan mendapat serum di dalam kotak eksklusif bersama-sama sabun muka (gold bar soap) dan bedak asas pelindung cahaya matahari (sun screen foundation).

SUAMI dan anak-anak menjadi ‘tulang belakang’ kepada Che Ta.

Pada majlis yang sama, Che Ta turut menperkenalkan jingle nyanyiannya berjudul byRcw yang dicipta oleh DJ Fuzz yang  menjadi antara produk baharu keluaran syarikat byrcw bagi tahun ini.

Bukan pengalaman pertama memasuki studio rakaman, Che Ta sebelum ini pernah menghasilkan jingle untuk produk Mylea Skincare ketika bergelar duta produk tersebut. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas