Selebriti

Datuk Alif Satar meninggal dunia

- Diterbit 17 Februari 2024 5:11 PM MYT

PENYANYI terkenal, Alif Satar kehilangan insan tercinta apabila datuknya Mohamad Che Noh, 94, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih pemergian  datuk yang juga ayah kepada ibunya, Nur Hafiza Muhammed, turut dikongsikan sendiri oleh Alif menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Ya Allah, ampunilah dia, berilah dia rahmat. Berilah dia kesejahteraan dan Maafkan kesalahannya,” tulisnya.

Menurut pengurus Alif, Dina memberitahu Mohamad meninggal dunia disebabkan sakit tua.

“Alif sempat menziarahi datuknya di kediaman di Wangsa Maju sebelum meninggal dunia tengah hari tadi.

“ Insya Allah, jenazah akan dikebumikan pada malam ini di tanah perkuburan Islam di Setapak,” jelasnya.

Sebelum ini, Mohamad pernah dijangkiti virus COVID-19 pada tahun 2020.

Melihat ruangan komen di Instagram, antara artis yang turut mendoakan Allahyarham Mohamad ialah Catriona Ross, Didie Alias, Sheila Rusly, Eyka Farhana, Ahmad Idham dan ramai lagi. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas