Selebriti

Cedera.. BABY SHIMA Tidak Serik!

|BABY Shima cedera terjatuh motosikal ketika cuba melakukan aksi berdiri. |SHIMA menerusi Instagram story meminta maaf kerana terpaksa menangguhkan penggambaran. Semoga Shima cepat sembuh ya
- Diterbit 29 Jun 2020 12:45 PM MYT

“TIDAK serik,” itulah luahan penyanyi popular Baby Shima yang mengaku tidak serik walaupun mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada atas motosikal.

Kejadian ini berlaku apabila  Shima terjatuh motosikal yang diboncengnya sewaktu menjalani sebuah penggambaran di Puncak Alam, Selangor.

BABY Shima cedera terjatuh motosikal ketika cuba melakukan aksi berdiri.

“Pada mulanya memang teruja sangat untuk melakukan aksi berdiri di atas motor untuk satu babak. Dalam keadaan saya mencuba untuk berdiri tu, saya tidak boleh kawal diri apabila motosikal menekan brek dan saya terus terjatuh 

“Tambah pula, saya cuba menahan dengan tapak tangan, kesannya tangan kiri saya cedera. Alhamdulillah… tiada kecederaan teruk,” katanya kepada Wilayahku.

Shima juga meminta maaf kepada semua krew yang terlibat kerana kecederaannya menyebabkan penggambaran ditangguhkan.

SHIMA menerusi Instagram story meminta maaf kerana terpaksa menangguhkan penggambaran. Semoga Shima cepat sembuh ya

“Saya tahu semua krew faham situasi saya yang cedera tanpa disengajakan. Apa-apa pun saya tetap mahu meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Insya Allah, doakan tangan saya cepat sembuh dan boleh sambung penggambaran semula,” luah Baby Shima yang dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Semoga Shima cepat sembuh dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas