Selebriti

“Jangan Ambil Kesempatan” – WANY HASRITA

|WANY popular dengan lagu Canggung
- Diterbit 29 Jun 2020 1:18 AM MYT

Kes baharu COVID-19 mencatatkan angka yang semakin rendah. Ini adalah petanda baik menunjukkan negara kita bakal menuju sifar kes. Jika ianya berterusan, kita akan bebas daripada pandemik itu sedikit masa lagi.

Namun, ‘kemenangan’ akan dicapai bergantung sejauh mana rakyat melakukan kawalan kendiri dalam mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP). 

WANY popular dengan lagu Canggung

Penyanyi popular Wany Hasrita juga melahirkan rasa bimbang jika ada sesetengah rakyat mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. 

“Tidak dinafikan, sekarang sudah banyak kelonggaran yang kerajaan berikan walaupun wabak Covid-19 tidak hilang sepenuhnya.

“Jangan ambil kesempatan selepas diberikan kelonggaran itu. Nak pergi mana-mana pun boleh tetapi sayangilah diri sendiri seperti  kekalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan amalkan selalu hand sanitizer (cecair pembasmi kuman). 

“Pendek kata, janganlah lupa patuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan tiada lagi kawalan pergerakan seperti di awal pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Saya faham, kita pun perlu keluar untuk membantu ekonomi diri tapi dalam masa yang sama jagalah diri.

“Iyalah.. Tak mahulah disebabkan kelonggaran ini kes meningkat dan tidak berkesudahan. Selain menjaga diri sendiri, secara tidak langsung kita membantu kerajaan dalam usaha membasmi wabak Covid-19 ini,” luah pelantun lagu Canggung yang semakin menjadi siulan ramai. 

Sebelum ini Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah,27, popular dengan lagu Menahan Rindu, Terlalu Memuja, Ewah-Ewah, Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah dan banyak lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas