Berita

Caprice mempertahankan Aliff, Ruhainies – Sarah Yasmine

- Diterbit 25 April 2024 11:36 AM MYT

WANITA yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengejutkan ramai pihak apabila dia mendakwa  penyanyi dan usahawan Caprice bersubahat untuk mengenakan Bella Astillah.

Menerusi Instagram Story, Sarah mendakwa bahawa Caprice mempertahankan Aliff dan Ruhainies meskipun ada bukti yang menunjukkan mereka menjalinkan hubungan istimewa.

“Mat yang takut bini ini, mula ‘post’ pasal saya sebab bini dia dah marah. Dia kata semua kes-kes yang dia ambil kes yang ada bukti sahaja.

“Walaupun ada bukti yang Aliff dan Ruhainies betul-betul ada hubungan, tetap nak buat dan keluarkan video tentang Bella dan Muaz. Sekarang nak serang saya,” katanya.

Sarah juga mendakwa Caprice menjadi penasihat kepada Aliff  tidak bersetuju untuk berpisah ketika sebutan kes perceraiannya pada 4 April lalu.

Bukan itu sahaja, Sarah yang berasal dari Singapura itu turut menyindir Caprice yang menggelarkannua sebagai Sarah Singapore kening.

“Sarah Singapore kening? Okey sahaja, daripada pencipta konten yang pergi Palestin bukan niat tolong orang, tapi nak buat video muzik untuk konten.

“Awak sepatutnya cakap dengan diri sendiri, berbanding bercakap pasal orang lain kalau nak sentuh isu aib,” tambahnya.

Selain itu, Sarah juga membongkar tindakan Caprice yang didakwanya telah menyunting tangkap layar perbualan dalam WhatsApp serta foto mesra Bella dengan pelakon, Muaz Zabir.

Terdahulu, Sarah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan Aliff. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas