Selebriti

AEWO, Nafas Cinta, Mimpi antara lagu mara ke AJL 36

|LAGU Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul berjaya ke pentas akhir AJL 36|HAQIEM Rusli bakal berentap di AJL 36 menerusi lagu Mimpi
- Diterbit 1 Januari 2022 4:03 PM MYT

DEBARAN lagu mana yang akan ke Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL 36) reda apabila 12 lagu telah dipilih ke pentas berprestij itu oada Februari ini.

Sejak malam Jumaat lalu, Semi Final Muzik-Muzik Ke-36 (SFMM 36) telah berlangsung selama dua hari berturut-turut.

LAGU Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul berjaya ke pentas akhir AJL 36

Berikut merupakan senarai 12 lagu pilihan juri profesional yang mara ke pentas akhir bagi merebut gelaran Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36).
01. Mimpi – Haqiem Rusli
02. Sepi – Aina Abdul
03. Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul
04. Boneka – Ernie Zakri
05. Purnama – Naim Daniel
06. Pelukan Angkasa – SOG & Shila Amzah
07. Intan Payung – Bunga Isme & Noraniza Idris
08. Salahku – Yonnyboii
09. Aewo – Shiha Zikir
10. Lara – Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
11. Angkara – Siti Nordiana
12. Cinta – Marsha Londoh

HAQIEM Rusli bakal berentap di AJL 36 menerusi lagu Mimpi

Semua lagu mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu manakah yang akan bergelar Juara? Tunggu AJL 36 Februari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas