Selebriti

Aali Mateen nama anak kedua Ayda Jebat

- Diterbit 20 Disember 2023 8:30 PM MYT

PELAKON dan penyanyi popular Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir sepakat memilih Aali Mateen sebagai nama bagi bayi lelaki mereka.

Ayda mengumumkan nama cahaya mata lelakinya yang dilahirkan pada 12 Disember menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Ayda berkata, dia dan suaminya, Nabil Mahir mengambil waktu yang lama untuk memilih nama itu.

“Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.

“Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibu dan ayahmu.  Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua,” tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Ayda hanya berkongsi wajah comel Aali di bahagian hidung dan mulut untuk tatapan peminatnya.

Malah Ayda juga sudah mencipta akaun peribadi Aali yang kini sudah memiliki hampir 1000 pengikut.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas