Biz

Syukri, Hazira buktikan jamu bukan hanya untuk tenaga batin

|PENAMPILAN Hazira dipuji ramai pada makan malam berkonsepkan Hikayat Nusantara bagi meraikan ejen-ejen Jamu Tun Teja ||SYUKRI (kiri) bersama Ibu Hanim (tengah) dan Hazira pada malam meraikan ejen-ejen.
- Diterbit 3 April 2022 4:53 AM MYT

SEBUT sahaja jamu, pasti ada yang beranggapan kegunaannya lebih kepada untuk tenaga batin.

Jadi tidak hairanlah berniaga jamu ini sering didalahertikan kerana nenek moyang terdahulu mengamalkan jamu untuk menguatkan tenaga batin dan meningkatkan kesihatan dalaman wanita.

Namun, pengusaha jamu Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Empire Sdn Bhd., Syukri Hassan bersama isterinya, Hazira Azihan Abd. Wahab membuktikan khasiat atau kelebihan jamu itu lebih meluas serta merangkumi banyak aspek.

Misalnya Hazira Azihan, 35, yang mengamalkan jamu untuk membantu menyembuhkan masalah kesihatan yang dihadapi selepas bersalin anak kedua di Australia.

Menurut beliau yang melanjutkan pelajaran ke negara tersebut dalam bidang seni bina dan bersalin secara pembedahan semasa musim sejuk di sana membuatkan proses berpantang yang dilaluinya agak sukar tanpa ke¬perluan yang mencukupi.

PENAMPILAN Hazira dipuji ramai pada makan malam berkonsepkan Hikayat Nusantara bagi meraikan ejen-ejen Jamu Tun Teja

Wanita itu terus berusaha dengan mempelajari pelbagai herba dan rempah ratus dari negara-negara luar yang terdapat di perpustakaan, bagaimanapun usahanya mencuba satu demi satu herba untuk mengubati penyakit yang dialami agak rumit dan tidak menjadi.

“Ada bahan yang tidak sesuai dengan diri saya dan juga bayi sehingga timbul kesan alahan kepada badan dan tahap kesihatan.

“Bagaimanapun bila kami kembali ke tanah air, saya mengguna pakai pengetahuan dan formulasi yang dibangunkan lalu merujuk kepada pakar kimia tempatan untuk menghasilkan produk jamu.

“Namun pengilang memaklumkan bahawa kos memba¬ngunkan produk berdasarkan formulasi tersebut terlalu mahal kerana bahan mentah yang digunakan adalah daripada standard premium.

“Namun, demi menyelesaikan masalah kesihatan yang dialami, produk jamu premium itu berjaya dihasilkan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam berkonsepkan Hikayat Nusantara bagi meraikan ejen-ejen yang dikenali sebagai ambassador di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hazira memberitahu, ternyata selepas mengamalkan jamu tersebut sehingga 10 kotak, tahap kesihatannya kembali sembuh dan bertambah sihat.

SYUKRI (kiri) bersama Ibu Hanim (tengah) dan Hazira pada malam meraikan ejen-ejen.

Masalahnya kini adalah terdapat baki lebih daripada 450 kotak hasil kontrak pengeluaran kilang sebelum ini sehingga memaksa mereka mengagihkan beberapa kotak jamu kepada rakan-rakan secara percuma.

Ramai kenalan telah memberi maklum balas yang terbaik selain memuji produk jamu tersebut sehingga ada yang mahu membelinya untuk manfaat diri dan keluarga.

“Memandangkan kosnya yang agak mahal, agak sukar di jual pada harga yang lebih tinggi, akhir¬nya kami berpakat menawarkan produk Jamu Tun Teja pada harga RM88 sekotak, lebih menarik harga tersebut terus kekal hingga sekarang,” katanya.

Bermula di situ, syarikat mula menjual baki produk yang ada dan ternyata ia berjaya sehinggalah pasangan suami isteri ini dijemput oleh Tourism Malaysia untuk menyertai satu pameran di Perancis yang memberi peluang kepadanya untuk mengetengahkan produk jamu di luar negara.

Impak penyertaan tersebut, syarikat dan produk Jamu Tun Teja semakin popular sehingga kini.

“Pada masa itu, kami berjaya menjual jamu tersebut sebanyak 100,000 kotak dalam tempoh enam bulan dan ini merupakan satu pencapaian yang baik buat syarikat,” jelasnya.

Selain itu, Syukri menerangkan, syarikat yang telah berusia enam tahun itu kini telah mencatat pelbagai kejayaan hasil komitmen dan sokongan daripada kakitangan syarikat serta juga ambassador yang bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.

Buat masa ini, syarikat yang beribu pejabat di Bandar Perda, Bukit Mertajam itu telah memiliki kira-kira 30,000 ambassador termasuk dari Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Jerman, Amerika Syarikat dan juga Arab Saudi.

Syarikat juga memiliki pelan pembangunan yang dirancang sepanjang 10 tahun akan datang yang mana untuk pencapaian tahun satu dan juga tahun kedua, syarikat telah berjaya mencatat pertumbuhan perolehan sehingga 1,000 peratus dengan jualan melonjak lebih daripada RM2 juta.

“Kami mengunjurkan perolehan jualan bakal mencecah kepada RM100 juta dalam tempoh lapan tahun akan datang,” ujarnya.

Buat masa sekarang, syarikat memiliki 14 produk yang meliputi pelbagai segmen daripada penjagaan kesihatan dan juga kecantikan serta yang terbaharu produk berkaitan aromaterapi.

Syarikat tersebut yang hanya bermula dari rumah keluarga itu kini telah memiliki tiga buah gudang iaitu masing-masing terdapat di Pulau Pinang, Sabah dan Brunei. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas