PENGARAH terkenal Syamsul Yusof bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana didakwa telah mendedahkan maklumat peribadinya.
Menurut Syamsul,38, dia sudah berbincang dengan peguamnya dan akan memfailkan tuntutan saman berjumlah RM10 juta terhadap agensi terbabit kerana menyebarkan kenyataan berunsur fitnah.
“Saya dah bincang dengan peguam saya. Kami akan saman Jawi sebanyak RM10 juta kerana kenyataan fitnah terhadap saya.
“Jawi telah memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan ia tidak benar.
“Saya saman Jawi kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah, palsu pada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi. Ya, ianya fitnah,”katanya yang turut memuatnaik status tentang saman itu dalam media sosialnya.
Sementara itu, isteri Syamsul, Puteri Sarah menerusi Instagram Story meminta suaminya itu mendedahkan perkara sebenar sebelum isu terbabit berpanjangan sekaligus memberikan kesan negatif terhadap keluarganya.
Untuk rekod Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah 3 tahun. – WILAYAHKU