Berita

Suria KLCC buka pintu sempena Aidilfitri

SURIA KLCC menyediakan dekorasi Aidilfitri bagi menceriakan suasana sambutan di kompleks beli-belahnya.
- Diterbit 19 Mei 2020 2:05 AM MYT

Kuala Lumpur – Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ternyata sekali berbeza dengan sebelumnya, umat Islam di seluruh negara khususnya Malaysia tidak dibenarkan berhimpun apatah lagi pulang ke kampung halaman dan mengunjungi sanak saudara.

Justeru, bagi memeriahkan suasana yang suram itu, Kumpulan Suria KLCC membuka pintu untuk mereka yang berada di perantauan menyambut dan meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan rasa syukur yang diolahkan melalui hiasan raya di semua pusat membeli-belah.

Bersedia berhadapan dengan situasi semasa, Kumpulan Suria KLCC mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi pengunjung, pembeli serta pekerja dengan menempatkan cecair pencuci tangan di lokasi yang strategik dan mudah akses, melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung dan pekerja di pelbagai lokasi di dalam pusat beli-belah.

Selain itu, kekerapan pembersihan ditingkatkan di setiap sudut pusat beli-belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh dua meter dalam usaha memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd., Andrew Brien berkata, dalam menjalani kehidupan norma baru, Kumpulan Suria KLCC teruja untuk menyambut kembali kehadiran pengunjung ke semua rangkaian pusat beli belahnya.

“Pihak kami mematuhi segala panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan kesemua pusat beli-belah kami bersih serta selamat bagi segenap lapisan masyarakat.

“Kami sentiasa membersihkan kawasan dan peralatan yang mempunyai kekerapan hubungan langsung dengan pengunjung terutamanya eskalator, lif serta kawasan umum lain kerana keselamatan dan kesihatan mereka adalah amat penting,” katanya.

Menurut Andrew, situasi semasa sememangnya sangat mencabar bagi semua pihak dan Kumpulan Suria KLCC ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan mereka yang berterusan.

Ujar beliau, pihaknya akan terus berwaspada serta berjaga-jaga bagi melaksanakan langkah-langkah di dalam memastikan operasi perniagaan tidak terganggu di samping menjaga kesejahteraan pengunjung dan pekerja.

“Untuk memastikan Hari Raya kali ini lebih bermakna, pengunjung Suria KLCC akan menerima set eksklusif L’Occitane apabila mereka berbelanja di mana-mana kedai terpilih dari 15 hingga 25 Mei ini.

“Bagi setiap pembelian minimum RM500, mereka hanya perlu menunjukkan resit di kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk menebus set eksklusif tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Andrew menambah, Pusat Beli Belah Alamanda (Alamanda) juga ingin bertemu kembali dengan pengunjung tetapnya dengan menawarkan sehelai selendang yang cantik kepada mereka dari 14 hingga 25 Mei ini.

Katanya, tawaran tersebut bagi setiap pembelian minimum RM150 di mana-mana kedai terpilih di Alamanda.

“Kesemua tawaran adalah sah sementara stok masih ada. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi-promosi eksklusif tersebut, sila hubungi kakitangan kami yang ramah di kaunter pertanyaan setiap pusat beli-belah.

“Untuk maklumat lanjut, sila layari www.suriaklcc.com.my atau www.alamanda.com.my,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas