Berita

Sukar penjarakan sosial, perlu vaksin – Ali Reza

- Diterbit 2 Mac 2021 7:27 AM MYT

PELAKON drama Mencari Kiblat Cinta, Ali Reza berpendapat vaksin perlu diambil oleh semua pelakon kerana sukar menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di lokasi penggambaran.

“Sebagai pelakon pertama sekali kita haruslah mengikuti SOP yg diberikan oleh pihak MKN semasa di set.

“Kadang-kadang agak sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial dengan para pelakon lain kerana ada babak yang memberikan sentuhan.

“Jadi, vaksin ini harus diambil oleh semua artis. Lebih-lebih lagi kalau ada penggambaran di luar negara.

“Semestinya pihak kerajaan akan mewajibkan kita semua untuk mengambil vaksin tersebut terlebih dahulu sebelum keluar negara,” jelas Ali yang juga sedar kasih ada masyarakat yang ragu-ragu untuk mengambil vaksin.
Bagi Ali, dengan adanya vaksin, negara mampu untuk menghabiskan wabak COVID-19 dengan lebih cepat.

“Kalau ada yang kasih ragu-ragu, itu bukan salah mereka kerana setiap orang ada pandangan masing-masing. Apatah lagi hal berkaitan vaksin ini kasih baru.

“Nasihat saya, kajilah tentang vaksin dan dengar apa kata pakar-pakar kesihatan. Internet hanya di hujung jari, jadi tiada alasan untuk tidak ambil tahu.

“Apa-apa pun, vaksin ini akan membina immuniti lebih tinggi dalam badan kita, ditambah pula dengan amalan norma baharu, insya Allah kita boleh hapuskan wabak COVID-19 dalam masa yang singkat,” ujarnya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas