Berita

Skim Sewa-Untuk-Beli dikaji, manfaat B40

ANNUAR melakukan Pecah Tanah Residensi Prihatin secara virtual di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Rosida Jaafar. MAJLIS pecah tanah Residensi Prihatin oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar secara visuap di Dewan Sebaguna Kementrian Wilayah Persekutuan, Putrajaya
- Diterbit 22 Februari 2021 4:44 AM MYT

KERAJAAN sedang mengkaji dan meneliti Skim Sewa-Untuk-Beli bagi membolehkan pemohon rumah mampu milik khususnya golongan B40 mendapatkan pembiayaan tanpa perlu mengeluarkan wang pendahuluan 10 peratus.

Perkara itu dinyatakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa ketika berucap melancarkan Residen Prihatin secara virtual pagi tadi.

Jelasnya, langkah itu dilihat dapat membantu mempermudahkan serta mengurangkan masalah kesukaran bakal pembeli mendapatkan pembiayaan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah B40.

Beliau turut memaklumkan, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menetapkan semua harga rumah mampu milik Residensi Prihatin adalah berharga tidak melebihi RM200,000 iaitu lebih rendah daripada harga pasaran dengan keluasan lantai minimum 750 kaki persegi (kps) seunit. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas