Selebriti

Siti Sarah masuk ICU, Shuib mohon doa

- Diterbit 6 Ogos 2021 3:34 AM MYT

PENYANYI Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat tahap oksigen tidak stabil, hari ini.
Menurut suaminya Shuib, keadaan Sarah tidak berapa baik dan memohon doa semua agar isteri sembuh dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.

“Assalamualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, Sarah yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dikejarkan ke hospital yang sama berikutan tahap oksigen menurun, kelmarin.

Sebelum ini, Sarah dan keluarga menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumah disahkan positif pandemik pada 25 Julai lalu.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Pasangan dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Semoga Sarah segera sembuh dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas