Berita

Siti Nordiana syukur tiket konsert laris

- Diterbit 4 Februari 2024 9:15 AM MYT

PENYANYI popular Siti Nordiana atau Nana meluahkan rasa syukur apabila tiket konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun laris yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Mei ini dikebanyakan zon sudah habis.

Menerusi hantaran di Instagram, Nana memuat naik tangkap layar yang menunjukkan hanya berbaki beberapa zon sahaja lagi untuk dipenuhi oleh penonton.

“Alhamdulilah. Terima kasih anak-anak mader semua. Mader sayang korang,” katanya.

Terdahulu, Nana memohon maaf apabila menggunakan gimik perkahwinan untuk konsert solonya.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini.

“Sebenarnya fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa, julung kali ini dan sangat bermakna ini. Ia untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun,” ujarnya.

Nana dijangka akan menghiburkan penonton dengan lagu yang pernah mengangkat namanya dalam industri seni seperti Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Tak Upaya Menangis Lagi dan Satukan Rasa.

Harga tiket bermula RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box, 8 pax per box). Ia boleh dibeli secara dalam talian di www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline 012 6530 700 (WhatsApp).

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas