Berita

Singapura zahir simpati kepada mangsa kemalangan LRT

SINGAPURA kembali ke Fasa Tiga bermula 14 Jun 2021. Gambar-Fail
- Diterbit 25 Mei 2021 6:51 AM MYT

KERAJAAN Singapura menzahirkan rasa simpati kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin, kata Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata Singapura turut berharap mangsa yang cedera segera pulih.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan rakyat Singapura terbabit dalam nahas itu.

Dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang cedera, dengan 47 daripadanya parah, kejadian berlaku di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC.

Kejadian berlaku pada  8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas