Berita

SERINA REDZUAWAN Jual Jamu Bantu Rakyat Susah

Nur Fadhilah Mohamad Puzi memberi peluang kepadanya until sama-sama membantu masyarakat yang terjejas kerana COVID-19.|BERSAMA buah hatinya Tristan dan Isabella.
- Diterbit 27 Oktober 2020 1:23 AM MYT

DI kala ramai yang terpaksa ikat perut kerana kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, pelakon Serina Redzuawan bersyukur diberikan rezeki yang tidak putus-putus.

Menyedari hakikat ramai yang sedang mengalami kesusahan hidup, Serina,37, yang merupakan duta produk jamu Seeri, telah mengajak ramai orang untuk menjana pendapatan melalui jamu tersebut.

Bukan sahaja menjadi duta, Serina sendiri turut turun padang bersama-sama stokis untuk menjual jamu tersebut.

“Bukan sahaja cuba-cuba hendak jadi duta tapi saya seronok hendak tolong dan jual sekali produk masa PKP. Ini kerana ketika itu ramai terperuk di rumah, ada yang mengalami tekanan, sakit, tak kurang juga yang makan banyak hingga angin penuh dalam badan.

“Jadi sambil jadi duta saya hendak bantu mereka yang tiada kerja kerana ada yang kena buang kerja. Alhamdulillah saya berjaya mampu melahirkan ramai stokis dan ejen di bawah rangkaian saya dengan membimbing mereka ini,” kata Serina yang menjadi pilihan pengasas produk Seeri yang merupakan produk rangkaian Nurrifa.

Bagi heroin filem Zack Kapcai itu, sebagai duta, selain faktor kewangan, dia menerima tawaran sebagai duta produk jamu itu kerana sudah lama mengamalkan produk herba itu secara tradisional.

Tambahan pula, produk itu sesuai untuk semua golongan wanita sama ada bujang atau sudah berkahwin.

SERINA akui rasa bertuah pengasas produk jamu Seeri, Nur Fadhilah Mohamad Puzi memberi peluang kepadanya until sama-sama membantu masyarakat yang terjejas kerana COVID-19.

Serina sendiri merasai kesan jamu ini seperti membantu dalam melancarkan pembuangan toksin, rawat keputihan, mengurangkan sakit sendi dan banyak lagi.

“Saya menjadi duta Seeri sejak Mac (dalam tempoh PKP)  lalu dan rasa terpanggil untuk bersetuju jadi duta kerana saya memang suka makan jamu dan keunikan jamu ini adalah jamu moden. Kesannya pun luar biasa. 

“Untuk golongan muda makan jamu yang pahit dan dalam bentuk rempah, memang mereka tidak sanggup. Tapi jamu Seeri bukan sahaja bahan aslinya kekal tapi diinovasi dalam gula-gula pastil yang menjadikan  ia satu produk berkualiti dan saya sendiri mahu membantu untuk kembang lagi produk itu.

“Alhamdulillah.. jamu yang sedap seperti jeli ini mendapat sambutan yang luar biasa dan secara tidak langsung masyarakat yang menjadi stokis mendapat manfaatnya.

“Saya harap apa yang saya lakukan untuk membantu lebih ramai lagi masyarakat yang hilang pekerjaan mendapat sokongan semua,” ujar Serina lagi yang berharap usaha ini boleh membantu masyarakat yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut Serina, jamu yang rasanya seperti lemon ini  mengandungi bahan seperti manjakani, garam bukit dan mas cotek. 

BERSAMA buah hatinya Tristan dan Isabella.

Menyentuh kisah peribadi, Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak penjagaan anak berpihak kepada pelakon itu selepas meneliti permohonan yang dibuatnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Syarie Salehan Md Yatim memutuskan Serina berhak mendapatkan hak jagaan terhadap anaknya, Isabella Saffiya O’luanaigh yang berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan seorang lagi anak lelaki Serina, Tristan Tareef O’luanaigh,10, dijaga bekas suami Serina, Gavin Edward O’luanaigh, 43, atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas