Berita

Seoul kembali bimbang dengan penularan COVID-19

- Diterbit 19 Ogos 2020 3:35 AM MYT

KES harian COVID-19 di Korea Selatan meningkat kepada tiga digit sejak seminggu berturut-turut menyaksikan jangkitan dalam kalangan kluster gereja di bandar raya Seoul semakin merebak.

Negeri itu mencatatkan pertambahan 297 lagi kes, termasuk 283 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 16,058, lapor agensi berita Yonhap memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Sejak seminggu lalu, setiap hari kes berada pada angka tiga digit, dengan lebih 1,200 kes baharu dikenal pasti. Jumlah jangkitan pada Rabu adalah yang tertinggi sejak 8 Mac iaitu 367 kes.

Justeru itu, garis panduan penjarakan sosial diperketatkan pada tengah malam untuk memutuskan rantaian penularan virus.

Pihak berkuasa kesihatan berkata situasi semasa adalah membimbangkan kerana kebanyakan kes melibatkan jangkitan tempatan dan tertumpu di bandar raya itu dan kawasan berdekatan, yang dihuni separuh daripada 50 juta penduduk Korea Selatan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas