Berita

Seorang lelaki tempatan ditahan, ingkar SOP PKPB

SEBUAH rakaman video berdurasi 14 saat tular di media sosial dipercayai majlis pertunangan yang dihadiri melebihi 20 orang.
- Diterbit 18 Mei 2021 1:08 PM MYT

SEORANG lelaki tempatan berusia 46 tahun ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan mengadakan majlis keramaian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jamawi berkata, menerusi sebuah rakaman video berdurasi 14 saat yang telah tular di media sosial iti dipercayai majlis pertunangan yang dihadiri melebihi 20 orang.

Katanya, sebaik menerima maklumat itu, pihaknya telah menjalankan siasatan dan telah berjaya mengesan penganjur dan membuat tangkapan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jamawi

” Hasil siasatan awal, kejadian itu berlaku pada 16 Mei lalu diantara jam 11 pagi sehingga jam 1 petang dan suspek telah berjaya ditangkap pada 17 Mei pada jam 8 malam,” katanya pada sidang media hari ini.

Jelas beliau, dalam rakaman video tersebut turut mendapati tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

Kes disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 16 PPPB (pindaan) 2021 boleh dikenakan penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas