Berita

Zul Ariffin nafi jadi punca perpisahan Intan Najuwa dan kekasih

|INTAN Najuwa menjawab soalan tentang tunangnya yang ditanyakan peminat
- Diterbit 22 Mac 2021 11:52 AM MYT

PELAKON Zul Ariffin,35, menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya menjadi punca berakhirnya hubungan pelakon Intan Najuwa,24, dengan Razrul Anwar Rusli,40.

“Saya tak pernah pula dengar cerita begini (Najuwa putus tunang) dalam media sosial.

“ Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena mengena,” katanya kepada Wilayahku.

Mengulas lanjut, pelakon filem Penunggang Agama memberitahu dia tidak ada masa untuk mengusutkan kepala dengan isu tersebut.

“Saya ada banyak benda nak buat dan macam takde kerja lain pula hendak jadi punca.

“Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu seperti ini. Sebelum ini, spekulasi tersebut muncul mungkin disebabkan pernah digandingkan bersama dalam drama,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan dan Zul pernah bergandingan dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang disiarkan menerusi slot Akasia pada tahun 2019.

Terdahulu berita perpisahan Intan Najuwa dan kekasih Kembali menjadi bualan warganet apabila Intan menjawab soalan peminat di instagram storynya menerusi ask me question, hari ini.

INTAN Najuwa menjawab soalan tentang tunangnya yang ditanyakan peminat

Intan ditanya mengenai kenapa tunangnya sudah tidak kelihatan dalam media sosial.

“Alamak ada lagi soalan ini. Kami sudah lama buat hal masing-masing. Dia dah happy dengan life dia. Saya pun dah happy dengan life saya. Harap selepas ini tiada soalan ini lagi,” tulisnya.

Intan dan Razrul pernah bertunang pada 18 Ogos 2018 walau bagaimanapun putus pada Februari tahun lalu.
Namun selepas beberapa bulan putus, mereka dikatakan kembali berbaik apabila foto mesra Intan bersandar di bahu Razrul tersebar dalam media sosial.

Zul Ariffin ditemui sejurus selepas sidang media dan tayangan perdana filem Penunggang Agama petang ini di E-Curve, Damansara. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas