Berita

“Saya juga mempunyai masalah peribadi”- Hannah Delisha mohon maaf

- Diterbit 10 Mac 2021 2:12 PM MYT

ARTIS popular seperti Hannah Delisha juga seperti manusia lain pastinya mempunyai masalah tersendiri yang perlu dihadapi.

Ini diakui Hannah melalui insta story miliknya apabila namanya menjadi sebutan berhubung perkahwinan dengan Imam Shah yang dikatakan tidak mendapat restu ibunya.

Hantaran ibunya melalui instagram juga seolah-olah memberi gambaran kisah yang berlaku adalah benar.

Tidak habis setakat itu, ada dakwaan Hannah dan Imam sebenarnya telah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

“Saya minta maaf atas perhatian yang tidak diingini buat masa ini. Ya, seperti orang lain saya juga mempunyai masalah peribadi dan saya minta maaf kerana ia tersebar kepada umum.

“Apabila saya mula memasuki industri ini, tujuan saya hanya mahu menghiburkan anda semua, menerusi kerja hasil kerja seni dan bukan berkenaan kisah peribadi. Saya cuba menghindari gosip sejauh yang mungkin dan membawa nama negara dengan bermaruah.

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas berita yang tidak menyenangkan tentang diri saya atau keluarga.

“Anda semua berhak mendapat yang lebih baik daripada saya. Saya mengharapkan doa anda semua buat kami,” ujarnya.

Sama-sama kita doakan agar semua ini dapat diselesaikan dengan baik dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas