Berita

Satu kematian dicatat di kluster Sendayan babitkan pusat tahfiz

- Diterbit 15 April 2020 8:14 AM MYT

PUTRAJAYA – Satu kematian berlaku dari kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan iaitu kluster Sendayan, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian berkenaan berlaku di sebuah pusat tahfiz di situ.

“Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak,” kata melalui Twitter hari ini.

Semalam dalam sidang akhbar harian, Dr Noor Hisham memaklumkan kluster baharu dikesan di Sendayan.

Kluster berkenaan merekodkan 39 kes positif Covid-19 membabitkan 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah syarikat dan satu keluarga membabitkan 11 individu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas