Berita

Sah! Syamsul Yusof, Ira Kazar nikah di Thailand, “Puteri Sarah masih isteri saya” – Syamsul Yusof

- Diterbit 6 Januari 2023 8:19 AM MYT

TERJAWAB sudah kontroversi dan teka-teki. Akhirnya Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan berkahwin dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Ini adalah perkahwinan kerua Syamsul selepas bernikah dengan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebenar tadi.

“Saya ingin beritahu semua, Alhamdulillah syukur saya sudah menikah secara sah dengan Ira (Ira Kazar) yang berwalikan ayahnya sendiri.

“Kami menikah di Thailand dan ada sebabnya nikah di sini, kerana untuk memudahkan beberapa perkara.

“Iya, ianya telah didaftarkan. Alhamdulillah,” katanya.

Syamsul juga menjelaskan bahawa Puteri Sarah masih isterinya sehingg ke hari Ini.

“Sebelum apa-apa ingin saya katakan Puteri Sarah masih lagi isteri saya. Kepada Puteri Sarah saya mengharapkan pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang yang tidak perlu dihebahkan di media sosial.

“Pulanglah kembali. Bawa anak-anak kita balik. Apa saja masalah kita berbincang dan kita selesaikan tanpa perlu kita menghebahkan, mengaibkan saya atau apa sahaja.

“Saya Masih suami awak. Tak boleh cakap lebih tapi fikir-fikirkanlah,” luahnya.

Dalam Masa yang sama, Syamsul juga mengakui tidak pernah berniat untuk membelakangkan sesiapa dalam Hal pernikahannya dengan Ira.

“Kepada Puteri Sarah dan keluarga saya, saya terus terang saya tak mahu membelakangkan sesiapa. Tidak pernah terlintas untuk saya membelakangkan sesiapa sahaja

“Apa yang saya harapkan adalah doa yang baik-baik daripada ibu bapa saya, adik-berafik saya, keluarga saya.

“Saya juga berdoa agar keputusan ini dirahmati Allah daripada fitnah dan niat jahat orang. Itu sahaja yang saya mampu iaitu berdoa,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas