Biz

RichWorks bantu 605,000 usahawan untuk bangkit pada 2021

Datuk Wira Dr Azizan Osman||RICHWORKS turut membimbing anak didik untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan|RICHWORKS faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik dan banjir.|SOKONGAN RichWorks melalui pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma
- Diterbit 19 Januari 2022 3:56 AM MYT

RICHWORKS International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersyukur dapat membantu hampir 605,000 orang terutama bangsa usahawan untuk bangkit dalam bisnes sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, jumlah tersebut sebahagiannya datang daripada 13 program yang dijalankan secara percuma.

PENGASAS RichWorks International Sdn Bhd, Datuk Wira Dr Azizan Osman

Katanya, RichWorks turut berbesar hati bila program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) dengan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mendapat pengiktirafan selepas disebut di parlimen.

“Program-program ini diadakan selama tiga hari malah ada juga 12 malam seperti RichWorks Business Bootcamp yang ditaja sepenuhnya demi bantu orang ramai di luar sana.

“Alhamdulillah, RichWorks bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang meskipun beliau hampir maut ekoran C0VID-19 awal tahun lalu, kekal komited nak membimbing lebih ramai orang lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RICHWORKS turut membimbing anak didik untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan

Dalam pada itu, Radz memberitahu, RichWorks bersama usahawan kami tak ketinggalan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Kempen #RichWellBantu digerakkan Azizan bermula Julai tahun lalu, dapat mengutip sumbangan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga yang memerlukan.

“Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,” ujarnya.

RICHWORKS faham keadaan dihadapi orang ramai – kesusahan ekoran pandemik dan banjir.

 

SOKONGAN RichWorks melalui pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

KETUA Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd

“Alhamdulillah, itulah sebahagian besar perjalanan RichWorks yang kami usahakan sepanjang 2021 dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

“Kami juga akan tingkatkan lagi usaha bagi membantu mengembangkan bisnes anak didik RichWorks termasuk 312 ahli Titanium yang menjana jualan keseluruhan RM3.2 bilion pada 2021 berbanding RM2.2 bilion tahun sebelumnya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas