Selebriti

Jelmaan nenek tua berkebaya muncul, Baby Shima disuruh amal ayat kursi

||||||
- Diterbit 19 Januari 2022 1:20 AM MYT

KECOH dalam media sosial apabila ramai netizen mendakwa terdapat jelmaan nenek tua berambut putih dan memakai kebaya dalam video muzik Bak Zaman nyanyian Baby Shima dan Fairuz Misran.

Kisah  ini mula diperkatakan netizen apabila ‘nenek’ menjelma dalam salah satu babak video muzik tersebut.

“Penampakan, seram beb kat minit 5.06”

“Baby Shima kena amalkan ayat Kursi dan mulakan apa-apa dengan Bismillah. Sebab nampak bende tu macam ikut Shima.

“Ada makcik2 kat Kanan sekali tuu Cuba korang tengok lagi. Tepi Kanan sangat-sangat. Dia pun nak masuk TV gak”

“Yang rambut putih macam nenek tu ke… berkebaya ke silap”

“Nampak nenek rambut putih sebelah Kanan awal-awal video ni je. Tu eh?

“Nenek rambut putih, dengan nampak P Ramlee”

“Nenek tua tu ka, yang firat kat belakang dia tunduk”

“Gilelah seram terok. Kat daun tu”

Itulah antara komen-komen netizen yang melihat kelibat nenek itu dalam video muzik Bak Zaman.

Apa yang menarik, video Bak Zaman ini mendapat lebih 3.2 juta tontonan dalam masa 10 jam.

Manakala dia laman YouTube pula mendapat lebih 100 ribu tontonan dalam masa sehari.

Jom tonton video muzik Bak Zaman nyanyian Baby Shima dan Fairuz Misran di saluran YouTube https://youtu.be/qF6fzOlS7dw  –  WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas